Jawab semua soalan.
1. Shahrul membeli seutas rantai emas yang bertatahkan berlian _________ sebuah kedai untuk dihadiahkan ________ isterinya.
A di ... akan C dengan ... pada
B dalam ... ke D dari ... kepada
2. Mereka tampak _______ gembira kerana dapat bertemu semula pada awal persekolahan tahun ini.
A terlalu amat C terlalu paling
B benar sekali D sungguh nian
3. ________ masa aku tiba, ibu baru saja menerima sepucuk surat _______ abang.
A Di ..... dari C Pada .... dari
B Di ..... daripada D Pada .... daripada
4. Terdapat banyak selekoh _______ ketika memandu di kawasan ________.
A merbahaya ... pendalaman C merbahaya ... pedalaman
B berbahaya ... pendalaman D berbahaya ... pedalaman
5. ______ orang tidak suka kepada ______ amalan kebudayaan.
A Setengah … berbagai C setengah-setengah … pelbagai
B Sesetengah … pelbagai-bagai D sesetengah-sesetengah … berbagai-bagai
6. ________ ibu dengan ayah, adik lebih sayang _______ ibu.
A Antara … kepada C Di antara … kepada
B Antara … akan D Di antara … akan
7. Cikgu Apandi _____ seorang guru pakar. ______ seorang yang rajin.
A adalah … Dia C adalah … Beliau
B ialah … Dia D ialah … Beliau
8. Cikgu Gandhi _____ seorang guru dan beliau ____ seorang yang rajin dan dedikasi.
A. ialah … ialah C. ialah … adalah
B. adalah … ialah D. adalah … adalah
9. Kenyataan itu _____ benar kerana projek itu _____ usaha saya.
A. tidak … tidak C. bukan … tidak
B. bukan … bukan D. tidak … bukan
10. Cikgu Apandi _____ seorang guru pakar. ______ seorang yang rajin.
A. adalah … Dia C. adalah … Beliau
B. ialah … Dia D. ialah … Beliau
Pilih jawapan yang betul untuk mengisi tempat kosong.
11. Di negara kita, ______ orang tidak suka kepada ______ amalan kebudayaan.
A Setengah … berbagai C setengah-setengah … pelbagai
B Sesetengah … pelbagai-bagai D sesetengah-sesetengah … berbagai-bagai
12. Shahrul membeli seutas rantai emas yang bertatahkan berlian _________ sebuah kedai untuk dihadiahkan ________ isterinya.
A di ... akan C dengan ... pada
B dalam ... ke D dari ... kepada
13. Ibu memberitahu dia menerima sepucuk surat ________ abang ________ waktu petang.
A dari ..... di C dari .... pada
B daripada ..... di D daripada .... pada
14. Adik memberitahu bahawa _______ ibu dengan ayah, dia lebih sayang _______ ibu.
A antara … kepada C di antara … kepada
B antara … akan D di antara … akan
15. Mak Limah menjual _____ buah durian dan ____ petai di gerainya.
A seulas …. seikat C sebiji …. sepapan
B sepangsa …. selonggok D selonggok …. sebakul
16. Terdapat beberapa _____ batu dan pasir di hadapan taman itu yang masih belum digunakan bagi pembinaan jalan raya.
A ketul C timbun
B bidang D genggam
17. Sepasukan pengakap menebang ______ buluh untuk dibuat rakit.
A sepuntung C sebatang
B serumpun D seruas
Pilih ayat sama maksud
18. Pihak polis akan mengenakan tindakan tegas bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan.
A Bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan, pihak polis telah mengenakan tindakan tegas.
B Kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan itu, memaksa pihak polis mengenakan tindakan tegas.
C Pihak polis yang bimbang akan kadar kemalangan jalan raya, bercadang mengambil tindakan tegas.
D Bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan, pihak polis akan mengenakan tindakan tegas.
19. “Siasat dulu perkara ini sebelum awak menuduh saya,” pinta Fadil kepada Iman.A Fadil dipinta oleh Iman menyiasat perkara tersebut sebelum menuduh terlebih dahulu.
B Fadil meminta agar Iman menuduhnya terlebih dahulu sebelum menyiasat perkara tersebut.
C Fadil meminta agar Iman menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut sebelum menuduhnya.
D Fadil memberitahu kepada Iman agar menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut sebelum menuduhnya.
20. Pihak polis akan mengenakan tindakan tegas bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan.
A Bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan, pihak polis telah mengenakan tindakan tegas.
B Kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan itu, memaksa pihak polis mengenakan tindakan tegas.
C Pihak polis yang bimbang akan kadar kemalangan jalan raya, bercadang mengambil tindakan tegas.
D Bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan, pihak polis akan mengenakan tindakan tegas.
21. “Siasat dulu perkara ini sebelum awak menuduh saya,” pinta Fadil kepada Iman.
A Fadil dipinta oleh Iman menyiasat perkara tersebut sebelum menuduh terlebih dahulu.
B Fadil meminta agar Iman menuduhnya terlebih dahulu sebelum menyiasat perkara tersebut.
C Fadil meminta agar Iman menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut sebelum menuduhnya.
D Fadil memberitahu kepada Iman agar menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut sebelum menuduhnya.
22. Ibu menyuruh adik mengemaskan kembali mainan yang telah disepahkan oleh adik.
A “Adik kemaskan semula mainan-mainan yang adik sepahkan ini,” suruh ibu.
B “Ibu tolong sepahkan semula mainan-mainan yang dikemaskan ini,” suruh adik.
C “Ibu kemaskan semula mainan-mainan adik yang ibu sepahkan,” kata adik kepada ibu.
D “Mainan-mainan yang bersepah itu tolong kemaskan,” kata ibu kepada adik.
Kenal pasti kesalahan dalam ayat, kemudian gariskan dan sila buat pembetulan.
23. Kita hendaklah saling tolong-menolong antara satu sama lain. __________________________
24. Ianya datang dari Kuala Kangsar. _________________________________________________
25. Setiap orang peserta bengkel perlu menyuarakan pendapat. _____________________________
26. Angin bertiup kencang daripada arah selatan. ________________________________________
27. Fail itu bertukar tangan daripada Ahmad ke Apendi. __________________________________
28. Kereta Ahmad ditinggalkan antara kedai dengan masjid. _______________________________
29. Lukisan itu telah digantung di dinding rumahnya. ____________________________________
30. Di zaman dahulu manusia tinggal di dalam gua. ______________________________________
31. Mereka berbincang di antara adik-beradik. __________________________________________
32. Encik Mat menghadiahkan isterinya sebentuk cincin bertatahkan berlian. ________________
33. Seri Anjung Restoran menyediakan berbagai masakan. _____________
34. Kita hendaklah saling tolong-menolong antara satu sama lain. __________________
35. Sambil menyelam dia minum air. ____________________________________________
36. Elakkan pembaziran serta jangan buang barang-barang yang tidak digunakan. _____________
37. Ianya datang dari Kuala Kangsar. ______________________
38. Setiap orang peserta bengkel perlu menyuarakan pendapat. _____________________
39. Pilih ayat-ayat yang betul.
i. Aiman paling pandai sekali dalam kelasnya.
ii. Rumah banglo itu agak indah nian berbanding rumah yang lain.
iii. Fauzi amat segak sekali pada hari persandingannya.
iv. Suara Siti Norhaliza sungguh amat merdu.
A. i dan ii C. ii dan iii
B. i dan iv D. iii dan iv
40. Pilih ayat-ayat yang betul.
i. Bidah seorang yang amat pandai sungguh di sekolahnya.
ii. Aini seorang pelajar yang betul pandai sekali di sekolahnya.
iii. Halim seorang penceramah yang paling tersohor di daerahnya.
iv. Azman tidak dapat melayan tetamunya kerana dia agak sibuk sekarang.
A. i dan ii C. ii dan iii
B. i dan iv D. iii dan iv