antara
Hadir di hadapan kata nama/frasa nama
yang membawa pengertian lingkungan
yang tidak mempunyai ruang / jarak
-Tiada perbezaan besar antara pendapatnya
dengan pendapat saya.
- Mereka berbincang antara adik-beradik.
Di antara – berfungsi sebagai kata arah
Ruang atau jarak boleh ditentukan (tempat)
-Tambak Johor terletak di antara negeri Johor
dengan Singapura.
-Rumahnya terletak di antara sebuah tasik
dengan sawah padi.
Awalan ber-… dan per-…
Kalau boleh diberi imbuhan “ber-..” maka boleh “per-…”
Contoh :
atur – beratur / peraturan
langgar – berlanggar / perlanggaran
lantik - berlantik / perlantik
Awalan memper- perbezaan Apitan memper-…-kan
memper
- Digunakan dengan KATA ADJEKTIF untuk membawa
maksud menjadikan lebih atau bertambah
Contoh : memperbesar, memperindah, memperkemasMemper-…-kan
- Digunakan dengan KATA KERJA & KATA NAMA
Contoh :
- Kata Kerja
- memperdengarkan, memperbahaskan
memperlihatkan, mempertunjukkan
- Kata Nama
- mempersaudarakan, memperbudakkan
mempersendakan, memperjodohkan
Bagi kata nama tertentu – hamba, isteri dan suami
Perkataan di atas boleh menerima awalan memper- dan
apitan memper-…-kan untuk menghasilkan perkataan
yang berlainan maksudnya, contohnya :
memperhamba - melakukan diri seseorang spt hamba
memperhambakan – menjadikan diri seperti hamba
kepada seseorang
memperisteri - menjadikan seseorang itu isteri
memperisterikan - memberikan isteri kepada seseorang
atau menjadikan seseorang itu
beristeri
mempersuami - menjadikan seseorang itu suami
Mempersuamikan – menjadikan seseorang itu bersuami
Apitan meN-…-i dan perbezaan dengan meN-…-kan
meN-…-i
- Selepas kata kerja berimbuhan meN-…-i mesti
hadir objek bernyawa.
Contoh :
Halimah menghidangi tetamu itu sepinggan kuih.
meN-…-kan
Selepas kata kerja berimbuhan meN-…-kan mesti
hadir objek tidak bernyawa dan ada kata sendi
nama kepada.
Contoh :
Halimah menghidangkan sepinggan kuih kepada
tetamu itu.di - tempat (lokasi)
(tidak boleh – waktu, masa, zaman)
pada – waktu(masa, zaman), tempat,
ada + pada (manusia/haiwan)
Kekeliruan pengunaan “di” atau “pada”
apabila merujuk tempat
Mesti menggunakan “pada” apabila hadir di hadapannya kata nama menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan.
KATA BILANGAN TAK TENTU
segala, semua, ramai, para,beberapa, sekalian,seluruh,banyak, sedikit
Oleh sebab perkataan ini sudah
menandakan jamak, kata nama
selepasnya tidak perlu digandakan
Kata Pemeri – ialah, adalah
ialah – frasa nama (FN)
- Cikgu Azmi ialah cikgu matematik.
adalah – frasa sendi nama (FSN)
- frasa adjektif (FA)
-Buku itu adalah untuk pelajar Lima Aktif.
-Cikgu Rosnah adalah seorang yang rajin.
Kata Nafi – bukan, tidak
bukan – frasa nama (FN)
– frasa sendi nama (FSN)
-Makanan itu bukan untuk Ratna.
-Projek itu bukan usaha saya.
tidak – frasa adjektif (FA)
- frasa kerja (FK)
-Kenyataan itu tidak benar.
-Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini.(FK)
Kesalahan
Pada asasnya selepas kata pemeri
tidak boleh hadir kata nafi
Contoh ayat salah :
Arahan itu adalah bukan untuk semua
pegawai.
Siswazah baru itu ialah bukan pengarah
maktab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan